Monday, January 10, 2011

Suami,
Tatkala tuturku mengguris hati mu
Keampunan ku pohon kerna khilaf sendiri
Suami,
Bila mana tingkahku menyendiri
Pujuk rayu mu ku damba
Suami,
Ketika wajahku tiada riak
Maaf ku pinta dek kerna seribu satu rasa
Tersembunyi di hati kecilku
Suami,
Saat ‘kejayaan’ sekecil zarah
Kata puji darimu ingin kudengar
Suami,
Janji ku pada mu
Walau ku bukan isteri yang sempurna
Kan ku sentiasa berada di sisimu
Detik susah dan senang
Detik suka dan duka
Detik dirimu menang atau kalah
Detik dirimu lapang atau kusut
Kerana,
ITULAH JANJI KU SEORANG ISTERI UNTUKMU SUAMI

Thursday, January 6, 2011

dimamah usia..

last week (since jumaat announced s a public holiday) me & my hubby blik kg (my hometown). bit suprised bile nmpk ma. tersentak sendiri bile melihat rambut2 putih mula memenuhi kepala ma. agak tersentuh kerana seblm ni aku tak amik pusing semua tu. tak pernah terlintas difikiran aku suatu hari nnti ma akan semakin dimamah usia sedangkan aku tahu saban tahun usia akan menginjak. aku menjadi sayu. mengenangkan sikap aku yg selama ini byk mengguris hati seorang ibu. kesal berputik. saat itu aku berjanji akan berubah. aku mahu ma bahagia. aku cuba utk jd ank yg baik. aku cuba utk menjg hati ma. cukup la dgn sikap aku sblm ni.