Monday, April 25, 2011

satu ketika..

satu ketika, perasaan aku tersentuh bila aku terpandang satu situasi di mana seorang ANAK mencium tangan si AYAH, kemudian si ANAK mencium kedua2 belah pipi si AYAH dan si AYAH terus mencium pipi si ANAK..waktu menghantar si ANAK ke sekolah..entah kenapa waktu itu aku x dapat tahan perasaan..air mata bergenang. aku x pasti kenapa aku rasa macam tu sedangkan selama ini, aku jarang ambil pusing semua tu. walaupn terkadang aku teringat kembali waktu bersama arwah ABAH. aku x pasti brp umur aku ketika itu, kalau ikutkan kiraan tahun, aku berumur 2-3tahun. dan aku x pasti betul atau tidak kenangan yang masih tersimpan. mungkin kenangan itu sedikit sebanyak terbina dari cerita2 yang  pernah ma bagitau aku dan adik2.. walau teramat jarang ma bercerita mengenai arwah..selain dari cebisan memori kenangan bersama arwah, aku banyak mengenali arwah dari gambar2 yang tersimpan juga dari surat2 yang dikirim setiap kali arwah ke luar daerah..
setiap kali aku baca surat tu terasa seperti arwah masih ada..cara surat tu ditulis seolah2 kami adik-beradik dapat memahami setiap perkataan yang tercoret..walhal waktu itu kami adik beradik hanya berumur 3,2 tahun dan adik aku yang bongsu hanya dilahirkan pada tahun 1986..tahun yang sama arwah meninggalkan kami semua..
sepanjang hidup aku meniti alam kanak2, remaja x pernah walau sekalipun aku bertanya kenapa aku xde AYAH..(seingat aku) ke tadika, ma yang hantar..nak apa2 kami adik beradik minta ngan ma. untungnya, kami dikelilingi dengan saudara2 yang tinggal bersama dalam satu bumbung..kehilangan arwah x terasa. mungkin kerana kami dah terbiasa dan definisi KELUARGA bagi kami, ada ma, ada adik beradik & saudara.
bila usia dah menginjak, terkadang hati aku tersentuh bilamana terlihat situasi2 sebegitu. bukan aku tidak merindui arwah, cuma aku dah terbiasa hidup tanpa seorang AYAH. yang aku tahu, aku hanya ada MA..aku tak tahu perasaan adik2 tentang arwah..kami x pernah bercakap mengenai nya. sekurang2 nya aku ada memori tentang arwah. 
aku berdoa kepada Illahi, panjangkanlah umur ma, untuk aku senangkan hatinya..
ABAH, al-fatihah..

Thursday, April 7, 2011

job hunting..again?!!

kembali kepada keadaan asal. Penganggur..encik suami pun dah surrender, skripny lebih kurang macam ni "abg x kisah la sayang x keja pun" hahaha..bunyi macam seronok x payah keja plus encik suami pun bagi green light. tp X SERONOK!! lepak jer kt umah disamping 'memBESARkn' lg tubuh badan yang sememangnya dah BESAR. nak kuar rewang2 semua kawan2 keja (kawan? aku ni ade kawan ker? ;p) 
belek2 paper, surft internet kot2 ade jawatan yang sesuai ngan status sekrg.. memilih! nk cr keja 8-5..tp bila fikir nak berhadapan ngan interviewer tu yang agak melemahkn semangat. tiap kali melalui proses yang sama, ulang pengalaman kerja yang sama.. dah semcam hafal skrip jawapan untuk setiap soalan yang akan diajukan.
huh..hurmmm..

Thursday, March 10, 2011

pEjAm CeLiK - pEjaM cEliK..

1 of the classes yg aku ngajar..
sekejap jer masa berlalu. lg 2mggu dah abis tempoh. 1st time masuk mengajar, rasa semacam plak bile anak2 kecil seusia 5 tahun duk panggil "cikgu!cikgu!" rasa macam kelakar pun ader jugak. start mengajar rasa kekok semacam coz xder pengalaman jadi cikgu ni. walaupun hanya CIKGU TADIKA! ;p lama-kelamaan dh biasa dan rasa seronok plak dengan rutin harian ni. waktu kerja bermula 7.30am, kelas bermula 8.00 - 8.15am. kul 9.15am murid 5 tahun  rehat, kelas tamat kul 12.30pm, lepas tunggu 'anak2 kecil' balik, dah boleh rehat sambil tggu waktu untuk balik tepat 2.00pm. selalunya cikgu2 kt situ abiskan masa dengan menyiapkan alat bantu mengajar.
macam2 karenah bila dengan budak2 kecik ni. ada yang kejanya asyik mengadu jer "cikgu! tgk ni si polan ni kacau saya..cikgu! si polan ni kacau saya" tapi yang paling kerap "cikgu, nk g tandas.." "cikgu, nak g tandas.." "cikgu, nak g tandas.." huhuhu.. x bagi kang ader yang terkucil kat dalam kelas or ter'oohhh-ohh'..sape yang kena cuci..cikgu la ;p wlaupun perkara mcm tu terjadi tapi aku hanya cikgu ganti so cikgu kelas la yang bertanggungjawab ;p
yang nakal xyah citer..bermain dalam kelas..nak pukul2 x boleh..cubit pun x dapat..sudahnya aku hilang suara menjerit n berpura2 garang..ada yang dengar n patuh, the rest buat bodoh jek..last2 aku biarkan je..tugas aku ajar ABC n JAWI jek..boleh ler untuk anak2 kecil..huhuhu ;p
insyaallah klu ada rezeki untuk aku, aku nak jadi cikgu lagi..tapi cikgu TADIKA je laa.. ;p

Thursday, February 10, 2011

berjauhan..?

since january 2010 aku dah jadi suri rumah yang berjaya..(berjaya? depends on my hubby comment ;p) setahun lebih memegang title 'penganggur terhormat'..setiap masa ade dengan suami..x pernah berjauhan semenjak berkahwin..
sebelum ni, aku hanya mendengar suka duka kawan2 yang bergelar 'weekly/monthly husband/wife'..jugak aku terfikir macam mana adik aku manage dengan hubungan jarak jauh bilamana dia & baby di kampung & suaminya jauh diperantauan..lebih2 lagi weekend yang berbeza hari..berapa banyak masa yang betul2 boleh dimanfaat setiap kali berjumpa..masa selebihnya untuk travel ulang-alik..tapi rezeki masing2..
walaupun berjauhan bukan untuk jangka masa yang lama, aku sudah terbayang bagaimana nanti keadaan suami bila aku dikampung & suami di shah alam..siapa nak urus rumah, apa yang my hubby nak makan (w'pun sekitar rumah sewa kami dikeliling dengan kedai makan), siapa nak cuci & iron baju keja suami, etc (sedih rasanya)..pendek kata siapa nak jaga makan minum, pakaian & urus rumah untuk suami..tapi aku kuatkan hati lebih2 lagi suami memberi izin..mungkin ini langkah pertama aku untuk hala tuju yang lebih pasti untuk masa depan..
harap2 semuanya akan baik2 selama kami berjauhan ni..

penang trip..

just back from penang island. 3days 2nite.. nak masuk area island, jam yang teramat..lebih2 lagi cuti CNY.. happy dapat jalan2 ber2 dgn hubby. but bit unconformable time nk pusing2 penang. stay @ hydro hotel, area feringgi & tg bungah (miami bay ;p ). for those nk jalan2 kt penang make sure ada travel guide ;p (time ni ler nak contact balik kawan2 yang telah lama x berhubung ;p) or GPS.. jalan teramat la jam around feringgi..bumper 2 bumper, amik masa berjam2..naik tension..but at least semua tempat kt penang dh sampai..ke penang hill tp skrg ni dh xde cable car, ganti ngn jeep service so x merasa nak tengok view island dari bukit bendera..tropical spice garden, butterfly farm, fort cornwallis, museum penang, toy museum, clock tower, jalan chowrasta (beli jeruk ;p ) etc.. sempat snap2 kt semua tempat..
pantai kt feringgi biasa..al maklumlah org pantai timur, pantai yang ade di pantai timur tetap dihati ;p tapi ramai pengunjung..mandi manda..sempat juga cecah kaki dalam air laut penang di pantai dpn hotel.. quote my hubby "dapat cecah kaki kat air laut pun jadi la" ;p famous local dish x sempat nak rasa (char kue teow, passembur etc) =( semuanya sebab xtau mana nak cari & x sanggup nk tempuh jam lagi..nak order kat hotel harga char kue teow dh RM20 x berbaloi..
check out dalam kul 11am, keluar dari plaza tol juru, traffic dah slow tapi kenderaan still gerak..dalam kul 2pm singgah @ changkat jering melawat teman lama yang selamat melahirkan seorang puteri..around 3pm gerak keluar dari tol changkat jering.. Ya Allah, kereta bersusun..15/16kmj gerak..slow yang teramat sangat..kereta boleh berenti kat lane kanan kt h/way..sesetengah pemandu yang x fhm peraturan jalan raya, memandu @ lorong kecemasan & spare jalan kt seblh kanan..x cukup dengan jam ditambah lagi dengan lagak pemandu yang x tahu adap masuk lane tanpa segan silu sebab nak elak kena tahan ngan polis peronda sebab guna lorong kecemasan..bus express lagi menunjuk lagak..bawak 40lbh nyawa pecut sampi 120kmj + guna lorong kecemasan..tiba2 terus masuk lane kiri..all the R&R penuh..gas station penuh..kereta berbaris, nak g toilet berbaris..nasib my hubby dah isi full tank..@ around 10pm reach rawang..sampi shah alam around 12am..hampir 1hari di jalan raya..
conclusion nya, happy dapat bercuti ber2 dgn hubby, dapat pusing2 penang.. tapi yang x best adalah keadaan traffic yang sangat teruk area feringgi & tg bungah & nak kuar masuk island & PLUS highway.. (actually lebih kepada pengalaman traffic yang sangat teruk bermula dari nak masuk island sehinggalah nak balik ke shah alam) nway thanks to my hubby coz spent his times, money for the vacation! (almaklumlah penganggur terhormat) ;p

Monday, January 10, 2011

Suami,
Tatkala tuturku mengguris hati mu
Keampunan ku pohon kerna khilaf sendiri
Suami,
Bila mana tingkahku menyendiri
Pujuk rayu mu ku damba
Suami,
Ketika wajahku tiada riak
Maaf ku pinta dek kerna seribu satu rasa
Tersembunyi di hati kecilku
Suami,
Saat ‘kejayaan’ sekecil zarah
Kata puji darimu ingin kudengar
Suami,
Janji ku pada mu
Walau ku bukan isteri yang sempurna
Kan ku sentiasa berada di sisimu
Detik susah dan senang
Detik suka dan duka
Detik dirimu menang atau kalah
Detik dirimu lapang atau kusut
Kerana,
ITULAH JANJI KU SEORANG ISTERI UNTUKMU SUAMI

Thursday, January 6, 2011

dimamah usia..

last week (since jumaat announced s a public holiday) me & my hubby blik kg (my hometown). bit suprised bile nmpk ma. tersentak sendiri bile melihat rambut2 putih mula memenuhi kepala ma. agak tersentuh kerana seblm ni aku tak amik pusing semua tu. tak pernah terlintas difikiran aku suatu hari nnti ma akan semakin dimamah usia sedangkan aku tahu saban tahun usia akan menginjak. aku menjadi sayu. mengenangkan sikap aku yg selama ini byk mengguris hati seorang ibu. kesal berputik. saat itu aku berjanji akan berubah. aku mahu ma bahagia. aku cuba utk jd ank yg baik. aku cuba utk menjg hati ma. cukup la dgn sikap aku sblm ni.