Monday, April 25, 2011

satu ketika..

satu ketika, perasaan aku tersentuh bila aku terpandang satu situasi di mana seorang ANAK mencium tangan si AYAH, kemudian si ANAK mencium kedua2 belah pipi si AYAH dan si AYAH terus mencium pipi si ANAK..waktu menghantar si ANAK ke sekolah..entah kenapa waktu itu aku x dapat tahan perasaan..air mata bergenang. aku x pasti kenapa aku rasa macam tu sedangkan selama ini, aku jarang ambil pusing semua tu. walaupn terkadang aku teringat kembali waktu bersama arwah ABAH. aku x pasti brp umur aku ketika itu, kalau ikutkan kiraan tahun, aku berumur 2-3tahun. dan aku x pasti betul atau tidak kenangan yang masih tersimpan. mungkin kenangan itu sedikit sebanyak terbina dari cerita2 yang  pernah ma bagitau aku dan adik2.. walau teramat jarang ma bercerita mengenai arwah..selain dari cebisan memori kenangan bersama arwah, aku banyak mengenali arwah dari gambar2 yang tersimpan juga dari surat2 yang dikirim setiap kali arwah ke luar daerah..
setiap kali aku baca surat tu terasa seperti arwah masih ada..cara surat tu ditulis seolah2 kami adik-beradik dapat memahami setiap perkataan yang tercoret..walhal waktu itu kami adik beradik hanya berumur 3,2 tahun dan adik aku yang bongsu hanya dilahirkan pada tahun 1986..tahun yang sama arwah meninggalkan kami semua..
sepanjang hidup aku meniti alam kanak2, remaja x pernah walau sekalipun aku bertanya kenapa aku xde AYAH..(seingat aku) ke tadika, ma yang hantar..nak apa2 kami adik beradik minta ngan ma. untungnya, kami dikelilingi dengan saudara2 yang tinggal bersama dalam satu bumbung..kehilangan arwah x terasa. mungkin kerana kami dah terbiasa dan definisi KELUARGA bagi kami, ada ma, ada adik beradik & saudara.
bila usia dah menginjak, terkadang hati aku tersentuh bilamana terlihat situasi2 sebegitu. bukan aku tidak merindui arwah, cuma aku dah terbiasa hidup tanpa seorang AYAH. yang aku tahu, aku hanya ada MA..aku tak tahu perasaan adik2 tentang arwah..kami x pernah bercakap mengenai nya. sekurang2 nya aku ada memori tentang arwah. 
aku berdoa kepada Illahi, panjangkanlah umur ma, untuk aku senangkan hatinya..
ABAH, al-fatihah..

Thursday, April 7, 2011

job hunting..again?!!

kembali kepada keadaan asal. Penganggur..encik suami pun dah surrender, skripny lebih kurang macam ni "abg x kisah la sayang x keja pun" hahaha..bunyi macam seronok x payah keja plus encik suami pun bagi green light. tp X SERONOK!! lepak jer kt umah disamping 'memBESARkn' lg tubuh badan yang sememangnya dah BESAR. nak kuar rewang2 semua kawan2 keja (kawan? aku ni ade kawan ker? ;p) 
belek2 paper, surft internet kot2 ade jawatan yang sesuai ngan status sekrg.. memilih! nk cr keja 8-5..tp bila fikir nak berhadapan ngan interviewer tu yang agak melemahkn semangat. tiap kali melalui proses yang sama, ulang pengalaman kerja yang sama.. dah semcam hafal skrip jawapan untuk setiap soalan yang akan diajukan.
huh..hurmmm..